Jam tangan Fitness: Mana Satu nak pilih ni?

Assalamualaikum dan Hai!


Sekarang ni trending, orang nak improve fitness. Satu petanda yang bagus, sebab bila satu orang dah mula buat perkara yang baik, dia senang 'berjangkit' dan mempengaruhi orang sekeliling untuk buat perkara yang sama. 

Walaupun tak semua orang di tahap "tindakan" dan masih dalam fasa "ingin" nak jadi lebih baik, tapi yeah a good start!

Okay sebenarnya masa mula-mula saya nak pilih fitness tracker ni. Saya study dulu semua review yang ada dekat google. Actually, yang mana yang keluar dekat first page google je saya baca, tapi okaylah.      (>.<) Saya juga google pelbagai jenis fitness tracker. Review dalam lazada atau shoppee pun saya baca. 

Antara yang saya masukkan dalam wishlist fitness tracker saya macam yang kat bawah ni:






Fitbit Charge 4 (credit: google images)

Fitbit HR (credit: google images)

Fitbit Versa 2 (credit: google images)


Mula-mula saya masukkan fitbit dalam wishlist nombor satu saya. Antara tiga ni saya paling suka Fitbit Charge 4. Nampak sangat elegant. Tapi saya survey lagi. sebab jam tangan ni off-budget. Yes, kalau kumpul duit tabungan dapatlah beli jam ni. tapi saya fikir saya taknak spend too much on a watch. Walaupun it is not a simple watch. 

lepastu saya survey lagi jam tangan yang lebih murah.- China brand la of course. 

Xiaomi Haylou atau mi band (credit: google images)

Yang ni brand saya tak berapa familiar. looks okay tapi risau pulak bila murah sangat.😂

Ada macam-macam features jugak jam tangan ni tapi. saya KIV (keep in view) dulu. tak nak buang options macam ni lagi. 

And then saya tengok options yang ni:

Garmin Vivofit 4 (credit: google images)



Kenapa saya google yang ni? sebab dia GARMIN. branded. paling MURAH. Kalau diikutkan sebenarnya garmin watch ni dah memadai dengan apa yang saya nak. iaitu nak track saya punya steps. Iyelah sekarang kan dah macam2 apps yang encourage orang untuk improve fitness by achieving 10,000 steps a day. macam mana nak senang tracking kalau tak ada pedometer atau fitness tracker ni kan. 😁 (sebenarnya alasan je tu, nak beli jam). 

So, saya tak suka jam tangan ni for the obvious reason, tak menepati citarasa saya. 

So, the list actually goes on and on for few months. Study barang nak beli, sebab nak beli barang yang worth every penny yang kita ada. Taknak beli semberono je.😂

So, in the end saya end up dengan jam tangan ni:

AMAZFIT GTR 47mm (credit: google images)



AMAZFIT GTR 42mm (credit: google images)



AMAZFIT GTR features (credit: google images)


Okay saya end up beli jam tangan Amazfit GTR 42mm. Jangan salah beli ye. Ada dia saiz amazfit gtr 47mm ni saya baca review sesuai untuk tangan lelaki. yang 42 mm ni lebih sesuai untuk wanita. Harga dia pun sangat affordable and dia claim tahan up to dua minggu. which is rata-rata fitness tracker yang saya baca boleh tahan up to 7 days je. so, apalagi tunggu sales kat lazada/shoppee baru lah saya angkat satu. Harga dia pun okay. affordable. design macam yang saya nak rounded. saya tak suka jenis petak atau yang haluihh muluih mcm miband. tak feel puloks. 

Setakat ni saya dah pakai 2-3 bulan. overall experience okay. memang masa saya beli jam ni pun saya aware ada pengguna yang claim tracking steps dia agak lagging. maksudnya kadang-kadang kita dah jalan 10-15 langkah baru dia track steps kita tu. Tapi dia akan track yang 10-15 langkah tu balik bukan 1 step. 

Jam tangan ni pun ada features tukar interface jam. saya tak habis explore lagi interface jam dia. belum pernah customise, saya guna je options interface yang ada, yang penting nak tahu berapa steps and HR kita dekat front face jam tu. 

Pasal daya tahan bateri tu pulak, kalau normal mode yang mana bluetooth on 24 jam tapi tak on GPS - tak sampai la 14 hari tu. mungkin 4-5 hari. Yang tahan sampai dua minggu tu serasa saya kalau letak jam tangan ni under 'eco mode' yang mana bluetooth and GPS dia dua-dua tak on. haa.. tahanlah dua minggu. 

Sebenarnya, bila nak pilih fitness tracker ni.. kena letak tangan di dada dan tanyalah diri sendiri apakah yang anda cari. sebab kalau terus menonong je tengok kat internet memang rambang matalah jawabnya.

Saya pilih first and foremost berdasarkan perkara di bawah:

1. Bajet. 

2. Desain. Rekabentuk

3. Features paling basic yang saya nak: kiraan steps and bluetooth kat fon, supaya sync kat apps bookdoc

4. Daya tahan bateri yang lebih lama

5. bonus: track pelbagai aktivti. boleh terima notification sms/fon call (tak pernah guna features ni sbb cpt habis bateri) ada GPS. dan lain-lain.

So, all in all. Tanya balik kat diri sendiri. Apa yang nak dan apa yang memadai untuk diri kita. Kemudian bersyukur bersyukur dan bersyukur dengan apa yang ada. 

#ummuwaseemshares

#amazfitGTR

#fitness tracker.



Comments

Popular Posts