Perspektif saya tentang 'Common Sense'
![]() |
(Credit: google images) |
Common Sense.
Perkataan yang sering kita guna dalam kehidupan seharian kita. Apakah maksud common sense ini? Sekiranya kita terjemah perkataan ini secara terus kita akan mendapati maksudnya seperti ini:
"Deria yang serupa/sama"
Apabila saya cuba google untuk terjemah ke dalam Bahasa ianya menjadi:
"Akal"
Bermakna bila orang kita mengatakan : "Takde Common Sense la dieorg ni!"
Ia boleh diterjemah kepada: "takde Akal la dieorg ni!"
Cerita Common Sense.
Kelihatan seorang sister seperti baru sahaja mendapat kereta baharu lantaran kerusi di dalam keretanya masih lagi berbalut plastik.
Sister ini seperti memberikan signal kiri seakan hendak drop-off sesuatu, pada hemat saya, kerana keadaan sepertiga sebelah kiri keretanya sudah masuk petak parkir dan selebihnya di tengah jalan raya.
Ternyata saya salah.
Kerana sister tersebut terus menghentikan enjin kereta dan dan bersedia untuk turun dari kereta. Terpinga-pinga saya. Saya ketika itu hedak melintas jalan. Tak jadi. Niat di hati, ingin memberitahu sister ini yang beliau telah menghalang lalu lintas kerana parkir hampir di tengah jalan. Walhal parkir dibelakangnya masih 'empty'!.
Belum sempat saya menunaikan hasrat niat saya itu, ada sebuah kereta yang memang menunggu laluan dibelakang kereta sister ini tadi, lalu di tepi kereta sister ini sambil menurunkan tingkap.
Dengan perlahan dan sopan, saya yakin dia memberikan nasihat kepada sister ini tadi untuk parkir keretanya dengan lebih berhemat.
Namun reaksi sister ini buat saya bingung!
"Tak muat ke!!!"
Itulah kata-kata yang keluar dari lidahnya. Sister yang memakai spek mata hitam ini kelihatan sangat terganggu dengan nasihat yang diberikan oleh brother ini tadi.
Terus, kereta tadi berlalu pergi.
Saya yang memerhatikan sister ini tadi, timbul rasa kasihan.
Dalam hati, saya yakin jika kesihatan mentalnya baik, dia tidak akan bertindakbalas begitu.
Dan saya doakan sister ini diberikan kelapangan hati dan jiwa yang baik.
Noktah.
Nasihat saya jangan melatah atau marah apabila berjumpa dengan orang yang tiada common sense ini. Kerana percayalah, jika kita beranggapan kita mempunyai common sense yang baik, kita akan lebih tenang dan memahami dengan membantu orang-orang di sekeliling kita.
#ummuwaseemshares
#commonsense
Comments
Post a Comment
Boleh komen di sini: