JENIS LAMPU DI RUMAH KEDIAMAN APARTMENT: Wishlist VS Practicality

Assalamualaikum w.r.t.

Hari ni Ummu nak share sikit my journey in furnishing my first home. Ummu langsung takde bakat dan ilmu dalam hal ni, jadi banyaknya saya banyak 'Google' sahaja cara dan tips dalam membuat pilihan. Tapi hakikatnya, tak semua apa yang saya nak google ada dalam internet. Banyak yang Ummu belajar adalah dari pengalaman dan tips dari orang-orang lama. Internet ni sebagai sumber inspirasi Ummu sahaja. 

Sebenarnya first sekali, tips nak pilih lampu adalah dengan kategorikan ruang-ruang yang nak di'lampu'kan. Ehh. 😂

Ruang Utama

Pada pendapat saya, ruang utama dalam sesebuah rumah adalah ruang tamu (living room) dan ruang makan (dining room). Sebab ni adalah dua ruang yang mana kita menerima dan melayan tetamu dan ruang interaksi utama bersama keluarga.

Ruang Dapur

Selain ruang tamu dan ruang makan, ruang dapur adalah antara tempat fevret ahli keluarga. Tempat masak, cari bungkusan megi, sos, dan juga tempat di mana semua orang akan buka pintu peti ais...Uh oh.. 


Bilik Tidur dan Bilik Air

Untuk rakyat marhaen macam kami, bilik tidur ni a.k.a bilik kerja sekali, jadi untuk memudahkan lighting untuk pelbagai fungsi ni, better pakai lampu yang ada multi-functional. Boleh adjust kontras dan kecerahan is the best. Selain boleh alternate antara lampu terang dan malap. 

Jenis lampu dalam Wishlist


Lampu Ruang Tamu

Lampu Berangkai

Lampu Jejari

Nur Fauq

Lampu Outdoor

Lampu kat ruang makan

spotlight track 1 meter
spotlight track untuk satu ruang


Rambang mata jugak Ummu dibuatnya. Sebenarnya jenis lampu yang ummu pilih ni semua disebabkan Ummu taknak spend untuk buat plaster ceiling. Cantik sebenarnya kalau buat plaster ceiling sebab dia akan cover semua wiring and senang kalau nak pasang lampu jenis downlight. Tapi Ummu rasa nak simpan hasrat tu untuk rezki rumah besar suatu hari nanti InshaAllah.

Jadi, sebelum pilih lampu-lampu ni kena decide dulu nak buat plaster ceiling ataupun tak ye.

Nanti Ummu post jenis lampu yang Ummu beli.. hehe
sangat jauh beza dengan lampu yang Ummu Google nih. 😆😆😆







 

Comments

Popular Posts